Tuesday, August 5, 2008

Pengawal keselamatan usia 55 tahun lulus sarjana

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semangat tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa membuahkan kejayaan kepada seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun apabila beliau memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Malaya (UM) hari ini.

Biarpun mengalami pelbagai rintangan sepanjang enam tahun tempoh pengajian dalam bidang sejarah, pengawal keselamatan berkenaan, Lim Kim Peu (gambar), akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.

Pagi ini, Kim Peu menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini.

Kim Peu yang masih bujang mula mengikuti program pengajian jarak jauh ijazah sarjana di UM pada 2002 dan sepanjang tempoh itu beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Melaka.

Kim Peu memberitahu Utusan Malaysia, dengan pendapatan RM500 sebulan, beliau terpaksa menggunakan sebahagian besar wang gajinya untuk membiayai kos pengajian di UM.

“Wang memang merupakan satu masalah. Saya menghabiskan sebahagian besar daripada gaji saya untuk membayar yuran, tetapi itu pun tidak mencukupi.

“Nasib baik pihak universiti bertimbang rasa dan membenarkan saya membayar yuran secara ansuran,” katanya.

Pengorbanan Kim Peu itu berbaloi apabila baru-baru ini beliau berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Melaka selepas lulus pengajian peringkat sarjana.

Lelaki yang berasal daripada keluarga buruh kasar di Merlimau, Melaka itu hanya menamatkan pelajarannya sehingga darjah enam. Pada 1971, beliau bekerja sebagai tukang sapu pada usia 18 tahun.

“Kerja sebagai tukang sapu memang susah dan kotor. Ramai orang menghina dan memandang rendah terhadap saya kerana pekerjaan itu.

“Keadaan itulah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Dengan belajar sendiri, Kim Peu berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam di sekolah swasta sebelum ditawarkan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980.

Pengajian Kim Peu di USM dihabiskan dalam tempoh lapan tahun dan beliau merupakan pelajar yang mengambil masa paling lama untuk menamatkan pengajiannya.

“Pada 1980, saya masih seorang tukang sapu. Banyak masalah dihadapi. Gaji saya ketika itu cuma RM130 dan saya terpaksa menyara keluarga.

“Bagaimanapun, dengan semangat tinggi, saya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun mengambil masa selama lapan tahun,” katanya.

Menurut Kim Peu, sepanjang tempoh pengajiannya dari dulu hingga kini, beliau tidak pernah makan atau minum di luar.

“Saya terpaksa menjimatkan wang. Makanan segera seperti ayam KFC, McDonald’s atau minuman Coca-Cola tidak pernah saya jamah kerana wang perlu disimpan untuk meneruskan pelajaran,” ujarnya.

Demi mengubah nasibnya, Kim Peu memilih untuk meneruskan pelajaran selepas beberapa tahun lulus ijazah pertama di USM. Beliau kemudian diterima untuk mengikuti kursus sarjana pengajian sejarah di UM.

Sunday, August 3, 2008

HIKMAH SUJUD PADA ILLAHI


Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.