Thursday, October 23, 2008

Majlis Fatwa putuskan pengkid haram

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.

WALAUPUN HARI NI AKU SANGAT BUSY TAPI TAJUK NI MEMBUATKAN AKU TERTARIK UNTUK MEMBERI KOMEN. AKU BUKAN NAK MEMBANGKANG CUMA NAK AJAK KITA BERFIKIR SEJENAK.. BANYAK LAGI PERKARA ATAU PUN HUKUM YG PERLU DIPERBINCANGKAN OLEH MAJLIS FATWA TETAPI PERKARA YANG TELAH MEMANG JELAS HUKUMNYA HARAM PULA DIBERI PERHATIAN. BAGAIMANA PULA DENGAN GEJALA-GEJALA MURTAD YANG SEMAKIN PARAH? KALAU NAK BINCANG YG LEBIH SIMPLE, HUKUM MEMASAK BERSAMA TELUR AYAM BERNAJIS DAN TIDAK DICUCI? BERSEPAH KEDAI ROTI CANAI, MEE GORENG TAK KISAH PASAL HAL NI DAN MENU PALING BEST WAKTU BULAN POSA APALAGI MURTABAK LA, SAMPAI TERTUKAR RAMADHAN AL MURTABAK... NI LEBIH PARAH..SEBAB PERKARA KECIL BEGINILAH YG MENJADI PUNCA KEPADA PERKARA SEPERTI PENGKID NI..SESUNGGUHNYA SETIAP APA YG DIMAKAN ITU AKAN MENJADI DARAH DAGING DAN MEMBERI KESAN KEPADA HATI..Oppss..CUKUP SETAKAT NI DAHULU..TAKUT MELALUT PULA..

Monday, October 20, 2008

IT'S THE TIME......

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR....
It's work.... Testing berjaya...
Alhamdullillah Ya Allah kerana Engkau, aku berjaya siapkan
software tuk Brighton Prayer Time...
Ni kira first time aku siapkan betui2 application software guna VB sampai
ler jd package tuk install....
aku buat ala2 prayer time islamicfinder tu (xla canggih mcm depa buat, simple ja. nak syok sendiri.
tp yg ni aku base kepada jadual tetap bkn kepada calculation..
aku tergerak tuk buat software ni pasai artikel kat link ni....
ampa bacala tgk...

http://www.moonsighting.com/prayer.html

so segala jadualnya aku dapatkan daripada Brother Khalid Shaukat .....kalau sesiapa yg nak jadual ikut kawasan kat uk
ni email Brother ni...bg tau area n mazhab sekali..sbb kalau hanafi lain skt waktu asar dia...pasai tu la Masjid India azan asaq lewat sikit dari masjid2 lain...
dulu aku igt depa tunggu org abih keja rupanya bkn...hehehe...
nak bg org lain test risau takut komputer depa jd benggong sbb software ni still undertest tuk tau error dia. tp kalau ampa ketegaq nak jg aku blh ler nak bg. risiko tanggung sendiri tp error dia bg tau kat blk nnt aku try fixla...
ni aku paste gambaq dia bg ampa usha....



Dok kat negara yg umat Islam minoriti ni mencabar la skt. Minta skt sjla(3x AMIN)... kita x dpt dengaq azan mcm kat msia tu...so, kalau ada software mcm ni blh la ingatkan kita terutama waktu dok syok layan cerita (movie org utara panggil cerita)..hahaha. yg baguihnya pasai software ni..kita x blh cancel time dia dok azan...kena tunggu sampai habis. aku pun x tau pasai pa.
mula2 igt nak solve..tp pikiaq blk baguih jg la na...
Ish aku dah start melalut ni..
Berbalik kepada cerita pasai azan td.. Aku nak peringat kat diri aku n sahabat2 yg seIslam kat Malaysia sedaq la byk2.... Hari ni ramai yg dok try nak bg stop azan berkumandang dari corong2 speaker terutama time waktu subuh...ampa jgn dok igt aku terpengaruh dgn utusan msia pasai teresa kok tu... aku sebenaqnya x heran sgt kalau org kafir yg buat, pasai depa blm beriman kat ALLAH n blm lg merasa nikmat ISLAM tu(semoga ALLAH beri hidayah kepada depa semua)...
Yg paling bahaya la ni ialah mangkuk hayun yg mengaku Islam tp depa tu la yg dok halang dari syiar Islam tersebaq...So kalau ampa jumpa org mcm ni mau duku kepala dia..mungkin slot memory dlm kepala dia longgaq kot. kena duku nnt masuk slot blk la...ingatla ISLAM WAY OF LIFE...

Friday, October 17, 2008

Protes oh Protes....

Jam pukui 3.30 ptg hari rabu, 15 oct...ish manala bas ni... x ikut schedule..igtkan baguih system pengangkutan kat sini..rupanya hampeh...
aik org "bus control" berhenti keta kat depan cni..ni mesti depa x puas hati....dreber lena ka pa..
sat lg mai la kot bus ni..mampuih sat lg dreber tu nnt kena maki dgn bos dia...

pelik ni..awat polis mai ramai.. apa dah jd...jln dah tutup? awat pulak..kacau..aku nak p town ni..
tiba2 dgr org menjerit..anjing pun dok menyalak kuat...pastu aku tgk polis tangkap org....
rupa2nya ada protes kat cni... protes suruh tutup kilang bomb kt brighton..
ada yg bw bendera palestine.... tp aku tanya org semua pun x tau pasai kilang ni..misteri nusantara ni.. dlm research aku dgn bantuan pakcik google, rupanya protes dah lama depa buat...

ni ampa blh tgk gambaq protes hari tu...
sayang aku x bawa camera..kalau x lg byk blh tangkap



wah gerun tgk muka brader kat atas ni.. dia dok acah sj....nak bg org takut...tp depa buat x heran kat dia..... ni kira first time aku tgk depan2..dulu masa bljr kat kl pun aku tgk dlm bas sj, time tu polis mai semua dah cabut kecuali sorang buta dok jerit "reformasi"... berani la dia pasai dia x nampak hahaha...
tp kat cni apa polis buat semua blh rakam.. n polis pun rakam apa tindakan dia..so benda ni blh jd bukti kalau kena masuk court...

rogi bus pass aku...bila benda ni dah menyusahkan aku nak p ke town sampai kena jln kaki...
so aku pun dok pikiaq la keburukan dia sj...

---- matlama x menghalalkan cara...mungkin matlamat depa mmg baguih nak suruh tutup kilang bom tp cara depa dah menyusahkan ramai pihak sebenaqnya..mcm yg jd kat msia...

---- memandangkan usaha depa ni dah lama tp x berhasil maka aku blh katakan sia2 kalau kita ambik solution guna cara singkat dan kurang bijak..setiap yg dilakukan perlulah dgn hikmah baru dpt hasilnya.... aku x mau kaitkan dgn pa yg berlaku kat kat msia sendiri ada akai so pandaila pikiaq chek oi..

kadang2 org yg terlalu fanatik ni da x blh nak pikiaq... pasai tu la dulu aku kena sound "abg ni org umno" pasai bg tau kat mamat ni "buat pa la kita orang melayu n islam suka nak bergaduh sesama sendiri"... aku x sokong mana2 parti pun, pasai depa yg kat atas selalu dok ambik kesempatan kat kita yg bawah. fikir2 kan lah.. ISLAM THE WAY OF LIFE

Wednesday, October 8, 2008

First time di oversea...

beg yg aku bawa 22kg berat dia


23 september bersamaan dgn 23 ramadhan kira2 pukul 3.50 ptg aku menjejakkan kaki aku kat bumi london setelah lebih dari 12 jam aku berada dlm flight... pasai dlm keadaan yg agak stress n terlalu nervous aku terlupa nak ambik apa2 gambaq dlm flight...
alhamdulillah walaupun org kata muka aku mcm terorist tp nasibla imigeresen golongkan aku dlm teror list (student).... so aku cuma bg passport n chop pastu blh ambik beg aku...x tanya apa2 pun...syukur sgt2 kat ALLAH.... masa tu aku sempat terpandang sorang imigeresen perempuan yg pakai tudung... fuh lega... rupanya kat sini ada ramai org islam n kita bebas nak amalkan agama kita.... aku teruskan perjalanan ke central bus station tuk jumpa org dr brighton uni yg nak byr tiket bas aku...sampai2 dia check nama n bg tiket..nasib save €22.50 masa aku tgk harga tiket tu....
pasai naik bas kira lama la... bertolak 5.40 tp sampai 8.20 mlm.....



gambaq2 kat luar central bus station