Sunday, December 14, 2008

sos...



Baru syok bila dpt chili sos Malaysia..mmg da lama aku jumpa cuma sblm ni x penah beli pasai dia tulih extra hot..rupanya extra hot ni sama sj level pedas dia dgn yg chili sos biasa.. kalau p mkn kat kedai kebab tu jgn la sesekali tertipu dgn chili sos depa.. rupanya chili sos kat cni buatan sendiri..rasa mcm sambai sj.. naik loya pun ada..lain kedai lain dia punya rasa.. apapun sos chili malaysia jg yg syok.. berbanggala dgn barangan buatan sendiri..hahaha

Saturday, December 13, 2008

Jambatan besi siap petang ini

(Ahad, 14 Disember 2008, berita harian) KUALA LUMPUR: Jambatan besi sepanjang 12.19 meter bagi menggantikan jambatan taktikal sementara (BR90) yang dipasang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bukit Antarabangsa sejak Isnin lalu dijangka siap petang ini.

TAKZIAH DIUCAPKAN KEPADA KELUARGA MANGSA KEJADIAN TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA.. BYK PENGAJARAN TERSIRAT DARIPADA PERISTIWA INI YG BOLEH DIAMBIK PENGAJARAN DAN IKTIBAR. ELAKKAN DARIPADA MEMBUAT ANDAIAN2 NEGATIF TERHADAP KEJADIAN TERSEBUT SEKIRANYA KITA TIDAK MENGETAHUI. TAPI DARIPADA PERISTIWA INI BETAPA HARTA KEKAYAAN BOLEH SJ LESAP DENGAN SEKELIP MATA. BERAPA BYK KERETA2 MEWAH HABIS RANAP BERSAMA2 RUMAH2 BANGLO..SUBHANALLAH..ENGKAULAH MAHA BERKUASA MENENTUKAN SEGALANYA. NAMUN MEREKA DI SINI TIDAK MELUPAI ALLAH KERANA MASIH SABAR MENYAMBUT KEHADIRAN AIDILADHA DIKALA UJIAN MENIMPA.ALHAMDULLILLAH. SEPERTI BIASA DI MALAYSIA SEMUA AKAN BERSUARA APABILA SESUATU TELAH TERJADI. PELBAGAI CADANGAN ADA DIILHAMKAN SECARA BIJAKSANA NAMUN APAKAH PELAKSANAANNYA AKAN BERLALU SEPI SEPERTI EMBUN DI PAGI HARI.. PALING MENYEDIHKAN OLEH KERANA TERLALU PRIHATIN, RAMAI YG MENGHULURKAN BANTUAN SEHINGGA MAKANAN MEMBAZIR DAN TERBUANG BEGITU SJ. MUJURLAH ADA JG YG SEMPAT DIJAMAH BABI HUTAN YG KELAPARAN... MUNGKIN BUKIT ANTARABANGSA INI TEMPAT DATO DAN TAN SRI MAKA JAMBATAN BOLEH DISIAPKAN DLM MASA SEMINGGU SAHAJA. BEGITU EKFISEN SEKALI MEREKA YG BERTUGAS MENYIAPKAN JAMBATAN TERSEBUT.. INI MEMBUKTIKAN JAMBATAN YG SAMA MAMPU DIBINA DI KAMPUNG2 YG DAIF JG.. TP MUNGKIN DI KAMPUNG CUMA YG ADA DATUK BUKAN DATO, PAK HAJI BUKAN TAN SRI, MAKA BERTAHUN2 MENANTI BELUM TENTU JAMBATAN SEBEGINI AKAN DIBINA.. YG ADA CUMA JAMBATAN USANG YG MENANTI HARI UNTUK MENJADI TRAGEDI. MEREKA DI KAMPUNG JG PERLU UTK MENCARI REZEKI...PELIK TAPI ITU LAH HAKIKAT YG TERJADI..

Sunday, November 30, 2008

Eid Al-Adha - Monday Dec 8, 2008

Saudi Announcement (Official): Saudi Supreme Judicial council has just announced that Saturday, November 29 was 1st Zul-hijjah. Eid-al-Adha will be on Monday, December 8. It was reported that moon was not sighted on Thursday, November 27, 2008 which was 29th Zul-Qi'dah in Saudi Arabia. So 30 days are completed on November 28.

Markazi Jamat Ahle Sunnat UK & Europe: Following the Sunnah of RasoolAllah SAW and Shariah, President Markazi Jamat Ahle Suunat Allama Zafar Mahmood Firashwi announced due to the impossible sighting of the Moon in Majority of the world on the 27th November and limited sighting on the 28th November, we Officially announce the 1st of Dhul Hijja to be Saturday the 29th November 2008 and hence Eid-ul-Adha to be on Monday 8th December 2008. May Allah (SWT) give the Leaders of the Islamic Ummah the Taufiq to announce the correct sighting.

ANNOUNCEMENTS for SWEDEN for Dhul Hijjah 1429 Hijr
i: As Sweden is situated in the northern part of the world and its location is more than 60 degree north (Moon is generally visible from 60 degree north to 60 degree south), so it is never possible to sight the Hilal until a few days of the month in Sweden. So, for these types of problems, according to Shariah of Islam, we have to follow the nearest (better if possible- then take eastern) muslim oriented regions for starting the Arabic months. According to Shariah we should not start the months following the Governmental declaration but we have to be assured that general people of that muslim oriented region also sighted the Hilal or Crescent moon. The Crescent moon has to be seen by bare eyes in Saudi Arabia; it is not acceptable to see the Crescent moon by any reinforcement technique (Telescope, Binocular, CCD image etc)".

So, According to this Fatwa as well as Sharia of Islam, Anjumane Al Baiyinaat, Sweden on behalf of the Muslim Community of Sweden is now announcing, "Inshallah the month of Dhul Hijjah '1429 Hizri will start from 3o November 2008 and Eid-ul-Adha 1429 Hijri will be 9 December 2008 in Sweden. Because according to the reliable reports, the Hilal or the Crescent moon of Dhul Hijjah was not sighted anywhere in Saudi Arabia neither on 27 November 2008, nor on 28 November 2008, although the Saudi Government surprisingly has Declared that the 1st day of Dhul Hijjah '1429 Hijri will be 29 November 2008 and Eid-ul-Adha will be 8 December 2008".

Sunday, November 23, 2008

YOGA....

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan amalan senaman yoga. Tidak seperti "Pengkid" yg mmg jelas haramnya tetapi yoga ini mmg perlu dikeluarkan fatwa sebegini bagi mengelakkan ramai umat Islam terus terpesong akidah mereka. Aku sebagai Islam wajib mematuhi fatwa ini tanpa sebagai pertikaian. Tetapi dlm pemerhatian aku dlm beberapa blog dan surat khabar, ada yg membantah. Paling menakutkan adalah org Islam sendiri terutama jaguh menggunakan logik akal dalam perkara berkaitan Islam iaitu SISTERS IN ISLAM(SIS). Dibawah aku attachkan petikan yg aku ambik dari utusan online bertarikh 24 NOV 2008. Berhati-hati ketika bercakap atau memberi pendapat. Ramai org menggunakan logik akal menilai yoga tanpa menilai dan memahaminya dari sudut Islam, tauhid itu sendiri. Kalau dilihat mmg tidak ada kes dilaporkan org Islam memeluk Hindu selepas mengamalkan yoga seperti dinyatakan SIS. Tetapi apa yg lebih bahaya kita melakukan syirik kecil ketika melakukan yoga itu sendiri. Nabi SAW begitu risau umat baginda melakukan perkara2 yg blh menjebakkan diri ke arah syirik kecil ini. Ingatlah tanda2 akhir zaman ini akan berlaku antara kita pagi beriman dan petang tidak. Kepada mereka yg membantah keputusan ini beristifarlah rujuk kembali kepada ulama untuk mendapat ulasan yg lebih lanjut berkaitannya. Jgn kita hanya menilai yoga ini hanya dgn logik akal kita. Kepada yang NON MUSLIM jgn masuk campur. Kepada mereka yg lebih berilmu tolonglah membantu menjelaskan lagi perkara ini. Elakkan dari menggunakan kecaman sebaliknya berdakwah secara hikmah. Sekiranya tulisan saya ini tersilap perbetulkan melalui komen anda.

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

Pak Ungku....


KAT BAWAH NI AKU ADA COPY SEBAHAGIAN DARI TEMURAMAH DENGAN PROF DIRAJA ENGKU AZIZ..
HARAP PEMBACA DAPAT MENGAMBIL IKTIBAR DAN SETERUSNYA MENGAMBIL IKTIBAR..

Kategori Pendidikan dan Komuniti Anugerah Merdeka agak berbeza dengan fahaman umum tentang pendidikan yang biasanya dibataskan di kelas dan bilik kuliah. Bagaimana pula sejarah Pak Ungku dalam bidang ini?

UNGKU AZIZ: Pengalaman hidup saya sendiri banyak berkisar sebagai guru dan ia bermula apabila saya menjadi guru dewasa di Singapura dengan bayarannya sebanyak RM1 sejam. Semasa Perang Dunia Kedua, saya menjadi guru Bahasa Jepun sebelum melanjutkan pengajian di Jepun dan kemudiannya teruskan pula pengajian di Raffles College. Selepas itu saya berjaya menjadi anak Melayu pertama masuk ke Universiti Malaya (UM) dan seterusnya menjadi pensyarah. Sampai sekarang pun pada usia 86 tahun, saya masih menjadi penasihat dan penyelia kepada penuntut doktor falsafah (Ph.D) dan beri ceramah di universiti serta tempat lain. Saya tidak jadi usahawan, jutawan atau diplomat. Saya pernah ditawar menjadi ahli politik, jadi menteri dan sebagainya pada era Tun Abdul Razak namun saya mahu menjadi intelektual di universiti. Masa saya mengajar di UM, saya ada pilihan untuk melanjutkan pengajian di London School of Economics (LSE) beserta dengan biasiswa, tetapi saya kata tidak payahlah, sebabnya, apa yang orang LSE boleh ajar, saya boleh dapatkannya di sini. Maksudnya kalau saya pilih London maka saya tak akan dapat tahu tentang kemiskinan orang Melayu. Kemiskinan orang Melayu itu hanya boleh dipelajari melalui penyelidikan di sini. Sampai sekarang saya masih menulis dan memikirkan kenapa orang Melayu tinggal dalam kemiskinan.

Boleh ceritakan bagaimana bermulanya kajian kemiskinan orang Melayu - bidang yang sehingga kini telah menyebabkan Pak Ungku dikenang kerana sumbangan yang cukup besar kepada masyarakat?

UNGKU AZIZ: Permulaan kajian saya adalah di Ulu Tiram, Johor pada tahun 60-an dengan orang di sana menoreh getah, makan lempeng, tidak dapat makan nasi, kalau nasib baik dapatlah makan nasi sekali pada waktu malam. Lepas itu saya di Kedah dan Perlis, keadaan pun sama. Kemudian ke Pantai Timur. Mula-mula kaji di Beserah, Pahang. Setahun saya jalankan kajian di kampung itu untuk kumpul rekod. Kemudian saya ke Kemaman pula, dan pengalaman ketika itu lebih dahsyat apabila wujudnya kebuluran. Mereka hanya menangkap ikan dan hasil tangkapan itulah dijual untuk membeli barang keperluan lain seperti beras. Saya juga ke Kelantan buat kajian dan keadaan juga hampir sama. Dari rumah ke rumah kita selidik.

Saya rasa sangat sedih memikirkan semua itu. Saya berfikir macam mana hendak lepaskan orang Melayu dari belenggu kemiskinan. Sampai sekarang kita boleh tengok mengapa mangsa perpindahan banjir, 95 peratus adalah orang Melayu. Sebabnya mereka tidak mampu tinggal di tempat yang baik. Sebab itu dalam soal mengikis kemiskinan kita kena cari program khusus untuk orang Melayu. Selain itu, ada lagi pelajar Melayu yang tidak dapat menamatkan persekolahan terutama apabila emaknya seorang ibu tunggal. Saya kaji dan tulis artikel sebab-sebab orang terjerumus dalam kemiskinan. Minat saya ini dari tahun 50-an lagi dan sampailah sekarang tetap sama iaitu tentang kemiskinan. Kerajaan ada keluar statistik bahawa tiada kemiskinan tegar tapi kalau saya masuk ke kampung, saya masih boleh jumpa mereka yang tak dapat ke sekolah kerana kemiskinan.

Bagaimana pula pandangan tentang konteks orang Melayu dalam pendidikan?

UNGKU AZIZ: Kita nak pastikan orang Melayu menang, jadi kita kena kiasu, tetapi orang Melayu mesti peka terhadap apa yang mereka makan. Buktinya, kalau anak orang Melayu banyak cacing, kerajaan kena ada program menghapuskan masalah ini. Program ini tidak boleh lagi dengan hanya beri dua biji pil untuk setahun. Orang yang hendak melaksanakan program itu mesti betul, buat masa kanak-kanak itu berumur tiga atau empat tahun.

Pak Ungku sangat diingati melalui Lembaga Urusan Tabung Haji. Boleh Pak Ungku ceritakan tentang penglibatan dalam penubuhannya?

UNGKU AZIZ: Asal usul penubuhan Tabung Haji adalah bermula daripada saya dan kerana Tabung Haji jugalah nama saya dikenali di seluruh dunia. Rancangan penubuhan Tabung Haji bukan sahaja tentang mendidik orang Melayu untuk kumpul wang bagi menunaikan fardu haji tetapi juga untuk kumpul wang bagi tujuan pelajaran. Tapi dari sudut untuk belanja haji memang bagus. Sekarang satu-satu musim, 30,000 orang pergi naik haji. Tetapi sekarang Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad (PNB) dah jadi macam bank, wang boleh keluar masuk. Sudah hilang matlamat asalnya, iaitu untuk membolehkan orang kita kumpul duit.

Saturday, November 22, 2008

papan tanda....

ada berani ka letak papan tanda mcm kat aceh ni... ni baru sempoi.. satu bahasa, ramai terasa..dari byk bahasa org x kesah..


Friday, November 21, 2008

Berjalan


start bulan 11, aku mengamaikan cara idup sehat dgn berjalan kaki nak p mana2... satu lg blhla save duit. maklumla zaman kegawatan menjelang tiba..nak kata dekat entahla. kalau dari bilik aku ke lab kat universiti aku blh buat 30 minit..hahaha..mungkin blh jg bakaq lemak aku yg terlebih ni...setiap kali aku berjalan aku tryla pecah rekod 30 minit ni..tp heran aku..mcm2 teknik aku apply..masih gagai..nak kata aku berlenggang mak timah, rasa2 x kot.. mat salleh kat cni relex sj potong aku.. setiap org yg potong aku mesti aku usha kaki depa... tp masih gagai lg..kalau sapa ada idea or teknik bg jln cepat ni..habaq mai kat aku sat. bolehla aku perbarui rekod aku ni..