Sunday, November 23, 2008

YOGA....

Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan amalan senaman yoga. Tidak seperti "Pengkid" yg mmg jelas haramnya tetapi yoga ini mmg perlu dikeluarkan fatwa sebegini bagi mengelakkan ramai umat Islam terus terpesong akidah mereka. Aku sebagai Islam wajib mematuhi fatwa ini tanpa sebagai pertikaian. Tetapi dlm pemerhatian aku dlm beberapa blog dan surat khabar, ada yg membantah. Paling menakutkan adalah org Islam sendiri terutama jaguh menggunakan logik akal dalam perkara berkaitan Islam iaitu SISTERS IN ISLAM(SIS). Dibawah aku attachkan petikan yg aku ambik dari utusan online bertarikh 24 NOV 2008. Berhati-hati ketika bercakap atau memberi pendapat. Ramai org menggunakan logik akal menilai yoga tanpa menilai dan memahaminya dari sudut Islam, tauhid itu sendiri. Kalau dilihat mmg tidak ada kes dilaporkan org Islam memeluk Hindu selepas mengamalkan yoga seperti dinyatakan SIS. Tetapi apa yg lebih bahaya kita melakukan syirik kecil ketika melakukan yoga itu sendiri. Nabi SAW begitu risau umat baginda melakukan perkara2 yg blh menjebakkan diri ke arah syirik kecil ini. Ingatlah tanda2 akhir zaman ini akan berlaku antara kita pagi beriman dan petang tidak. Kepada mereka yg membantah keputusan ini beristifarlah rujuk kembali kepada ulama untuk mendapat ulasan yg lebih lanjut berkaitannya. Jgn kita hanya menilai yoga ini hanya dgn logik akal kita. Kepada yang NON MUSLIM jgn masuk campur. Kepada mereka yg lebih berilmu tolonglah membantu menjelaskan lagi perkara ini. Elakkan dari menggunakan kecaman sebaliknya berdakwah secara hikmah. Sekiranya tulisan saya ini tersilap perbetulkan melalui komen anda.

Sisters In Islam pertikai keputusan Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Sisters In Islam (SIS) menolak keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan amalan senaman yoga kerana tiada sebarang bukti dikemukakan bagi mewajarkan yoga diharamkan.

Pengurus Program SIS, Norhayati Kaprawi berkata, sehingga kini negara tidak pernah menerima apa-apa aduan atau bukti yang mengatakan ada individu beragama Islam bertukar kepada agama Hindu selepas mengamalkan senaman yoga.

''Jadi, mengapa perlu ia diharamkan? Mengapa terburu-buru untuk meletakkan undang-undang terhadap aktiviti senaman itu sedangkan ia tidak mengancam kedudukan agama Islam setakat ini?" soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Majlis Fatwa Kebangsaan semalam, yang mengharamkan umat Islam mengamalkan yoga secara sistematik kerana dibimbangi akan menghakis akidah jika pengamalnya meneruskan amalan itu ke peringkat lebih tinggi.

Menurut Norhayati, pihaknya mempunyai alasan kukuh mengapa pengharaman itu tidak patut dilakukan memandangkan amalan yoga tidak lebih daripada sekadar satu senaman untuk kesihatan.

''SIS tidak nampak ia boleh memesongkan akidah seseorang pengamalnya sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam.

''Ini kerana yoga tidak lebih dari sekadar senaman untuk kesihatan jasmani, sama juga seperti senaman Tai Chi dan Qigong, '' katanya.

Sambil menyifatkan ia sebagai satu pengajaran, beliau bagaimanapun meminta supaya Majlis Fatwa lebih peka sebelum membuat sebarang tindakan membabitkan isu-isu sensitif seperti itu.

Dalam pada itu, beliau berkata, SIS juga akan memberi sokongan penuh sekiranya Majlis Fatwa mengambil langkah untuk mengkaji semula perkara tersebut bagi mengelak kekeliruan masyarakat.

1 comment:

yonghaslina said...

tu laa..nak kat bongok tapi sume berpelajaran...adalah sebab kenapa diharamkan...nape la suke buat main2 ngan hukum hakam nie....ni akak ada info nk bgtau mamu...

akak ada satu brochure pasal yoga nie...memang kalo kita tengok dia amat baik utk kesihatan...kn fatwa cakap diharamkan kalo mempelajari yoga secara sistematik boleh mendorong kepada syirik....tu memang la betul sebab apa tau nie haaa....

pergerakan diorang ada bersangkut paut ngan hindu dan budha punya dewa....

diorang ada 4 paths of yoga
1. raja yoga
2.bhakti yoga
3.kama yoga
4. jnan yoga..

12 basic postures-sivananda(mgkin dewa kita xtau)

dan meditation yg ada bermacam2 jenis menghala ke budhism and hiduism....

tu la nyer...bila org haramkan...kaji dulu baru nak war war kan...semoga diorang diberi petunjuk.....banyak lagi senaman lain yg boley buat....

joging ker...naik beskal ke...kan mamu kan