Saturday, November 15, 2008

Bogel: JAIS bagi amaran

Oleh ABDUL YAZID ALIAS

SHAH ALAM 15 Nov. - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberi amaran bertindak tegas terhadap Gerakan Reformis Rakyat Malaysia (Reformis) jika mereka meneruskan rancangan mengadakan demonstrasi berbogel di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Amaran itu diberikan Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi hari ini, yang turut menegaskan bahawa tindakan sedemikian bertentangan dengan ajaran Islam.

Ia reaksi terhadap kenyataan Presiden Reformis, Ramlan Abu Bakar semalam yang mahu meneruskan demonstrasi berbogel itu sebagai tanda bantahan kepada kerajaan negeri yang menaikkan kadar sewa penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR) RM124 kepada RM250 sebulan.

Malah, kata Ramlan, mereka juga tidak berpuas hati terhadap agenda perubahan kerajaan negeri yang dikatakan tidak menguntungkan rakyat walaupun sudah lebih 300 hari mentadbir Selangor.

Ketika dihubungi hari ini, Muhammed Khusrin berkata, dari segi undang-undang, tindakan berbogel melanggar Seksyen 31, Enakmen Jenayah Syariah Selangor yang jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM1,000.

"Sebagai orang Islam, mereka (anggota Reformis) patut tahu batasan dan amalan yang ditegah dalam Islam dan berfikiran rasional kerana berbogel di khalayak ramai adalah salah dan tidak bermoral. Jika mereka teruskan juga, kita akan ambil tindakan tegas mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abdul Wahid menyifatkan tindakan Reformis itu bertentangan ajaran Islam berhubung aurat lelaki mahu pun wanita.

Katanya, tindakan sedemikian menunjukkan betapa rendahnya moral serta martabat seseorang manusia.

"Biasanya tindakan berbogel ini dilakukan oleh mereka yang sudah hilang kewarasan untuk membezakan antara perkara baik dengan buruk. Sepatutnya, mereka boleh pilih jalan lain termasuk perbincangan dengan cara baik jika terdapat rasa tidak puas hati bukannya mengikut emosi sehingga mengenepikan ajaran Islam," ujarnya

MENGEJUTKAN!!! HANYA KERANA KENAIKKAN SEBANYAK RM126 SANGGUP MENJADI TIDAK WARAS DAN HILANG PERTIMBANGAN. ADAKAH DENGAN RM126 NI KITA AKAN JD KAYA? KALAU DIDARABKAN DENGAN 50 THN BARU ADA RM 75600 ADA ULAMA SILAM PERNAH MENGGAMBARKAN DUNIA INI SAMA SEPERTI BAYANG-BAYANG. SEWAKTU KECIK DULU MESTI ANTARA KITA PERNAH MENCUBA UNTUK MENANGKAP ATAU MEMIJAK BAYANG-BAYANG SENDIRI..DAN SUDAH TENTU KITA TIDAK PERNAH DAPAT MENANGKAPNYA. LANTAS SETELAH KELETIHAN MESTI KITA MEMBIARKANNYA.. APA YG TERJADI??
BUKANKAH BAYANG-BAYANG KITA AKAN MENGIKUT KITA PULA. ITULAH DUNIA KALAU KITA MENGEJARNYA SAMPAI BILA PUN KITA TIDAK AKAN PUAS DENGAN APA YG SUDAH KITA PEROLEHI.. TIPS: KALAU AMPA SEMUA BETUI NAK JADI KAYA, NI MAMU NAK HABAQ MAI KAT AMPA... AMPA PI CARILA CERITA "KUN FA YA KUN", CERITA INDON TU.. ALA MAK MALIN KUNDANG YG BELAKON TU.. HAA.. CERITA TU NNT BAGI TAU MCM MN NAK JD KAYA...DOK HARAP ORANG DOK HULOQ SJ MANA BLH...SEKALI SEKALA AMPA PUN KENA LA HULOQ JG...

2 comments:

Master Adnin said...

betul tu mamu.... kalau kita nak kaya kita kena mula dengan memberi... bila kita dah memberi barulah kita akan mula dapat.... kalau kita asyik dok meminta... maka rezeki tidak berkembang.... bagi lah sedekah ke.... tolong orang yg susah ke @ bayar zakat... isnyaallah.... Allah akan murahkan rezeki kita.... nak tolong orang bukan susah... tak semesti dengan duit... kita boleh tolong dgn tenaga kita... masa kita atau pa saja yg kita mampu...

yonghaslina said...

stuju stuju.....