Thursday, October 23, 2008

Majlis Fatwa putuskan pengkid haram

KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.

Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.

Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.

‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.

‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.

Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.

WALAUPUN HARI NI AKU SANGAT BUSY TAPI TAJUK NI MEMBUATKAN AKU TERTARIK UNTUK MEMBERI KOMEN. AKU BUKAN NAK MEMBANGKANG CUMA NAK AJAK KITA BERFIKIR SEJENAK.. BANYAK LAGI PERKARA ATAU PUN HUKUM YG PERLU DIPERBINCANGKAN OLEH MAJLIS FATWA TETAPI PERKARA YANG TELAH MEMANG JELAS HUKUMNYA HARAM PULA DIBERI PERHATIAN. BAGAIMANA PULA DENGAN GEJALA-GEJALA MURTAD YANG SEMAKIN PARAH? KALAU NAK BINCANG YG LEBIH SIMPLE, HUKUM MEMASAK BERSAMA TELUR AYAM BERNAJIS DAN TIDAK DICUCI? BERSEPAH KEDAI ROTI CANAI, MEE GORENG TAK KISAH PASAL HAL NI DAN MENU PALING BEST WAKTU BULAN POSA APALAGI MURTABAK LA, SAMPAI TERTUKAR RAMADHAN AL MURTABAK... NI LEBIH PARAH..SEBAB PERKARA KECIL BEGINILAH YG MENJADI PUNCA KEPADA PERKARA SEPERTI PENGKID NI..SESUNGGUHNYA SETIAP APA YG DIMAKAN ITU AKAN MENJADI DARAH DAGING DAN MEMBERI KESAN KEPADA HATI..Oppss..CUKUP SETAKAT NI DAHULU..TAKUT MELALUT PULA..

Monday, October 20, 2008

IT'S THE TIME......

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR..ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR....
It's work.... Testing berjaya...
Alhamdullillah Ya Allah kerana Engkau, aku berjaya siapkan
software tuk Brighton Prayer Time...
Ni kira first time aku siapkan betui2 application software guna VB sampai
ler jd package tuk install....
aku buat ala2 prayer time islamicfinder tu (xla canggih mcm depa buat, simple ja. nak syok sendiri.
tp yg ni aku base kepada jadual tetap bkn kepada calculation..
aku tergerak tuk buat software ni pasai artikel kat link ni....
ampa bacala tgk...

http://www.moonsighting.com/prayer.html

so segala jadualnya aku dapatkan daripada Brother Khalid Shaukat .....kalau sesiapa yg nak jadual ikut kawasan kat uk
ni email Brother ni...bg tau area n mazhab sekali..sbb kalau hanafi lain skt waktu asar dia...pasai tu la Masjid India azan asaq lewat sikit dari masjid2 lain...
dulu aku igt depa tunggu org abih keja rupanya bkn...hehehe...
nak bg org lain test risau takut komputer depa jd benggong sbb software ni still undertest tuk tau error dia. tp kalau ampa ketegaq nak jg aku blh ler nak bg. risiko tanggung sendiri tp error dia bg tau kat blk nnt aku try fixla...
ni aku paste gambaq dia bg ampa usha....



Dok kat negara yg umat Islam minoriti ni mencabar la skt. Minta skt sjla(3x AMIN)... kita x dpt dengaq azan mcm kat msia tu...so, kalau ada software mcm ni blh la ingatkan kita terutama waktu dok syok layan cerita (movie org utara panggil cerita)..hahaha. yg baguihnya pasai software ni..kita x blh cancel time dia dok azan...kena tunggu sampai habis. aku pun x tau pasai pa.
mula2 igt nak solve..tp pikiaq blk baguih jg la na...
Ish aku dah start melalut ni..
Berbalik kepada cerita pasai azan td.. Aku nak peringat kat diri aku n sahabat2 yg seIslam kat Malaysia sedaq la byk2.... Hari ni ramai yg dok try nak bg stop azan berkumandang dari corong2 speaker terutama time waktu subuh...ampa jgn dok igt aku terpengaruh dgn utusan msia pasai teresa kok tu... aku sebenaqnya x heran sgt kalau org kafir yg buat, pasai depa blm beriman kat ALLAH n blm lg merasa nikmat ISLAM tu(semoga ALLAH beri hidayah kepada depa semua)...
Yg paling bahaya la ni ialah mangkuk hayun yg mengaku Islam tp depa tu la yg dok halang dari syiar Islam tersebaq...So kalau ampa jumpa org mcm ni mau duku kepala dia..mungkin slot memory dlm kepala dia longgaq kot. kena duku nnt masuk slot blk la...ingatla ISLAM WAY OF LIFE...

Friday, October 17, 2008

Protes oh Protes....

Jam pukui 3.30 ptg hari rabu, 15 oct...ish manala bas ni... x ikut schedule..igtkan baguih system pengangkutan kat sini..rupanya hampeh...
aik org "bus control" berhenti keta kat depan cni..ni mesti depa x puas hati....dreber lena ka pa..
sat lg mai la kot bus ni..mampuih sat lg dreber tu nnt kena maki dgn bos dia...

pelik ni..awat polis mai ramai.. apa dah jd...jln dah tutup? awat pulak..kacau..aku nak p town ni..
tiba2 dgr org menjerit..anjing pun dok menyalak kuat...pastu aku tgk polis tangkap org....
rupa2nya ada protes kat cni... protes suruh tutup kilang bomb kt brighton..
ada yg bw bendera palestine.... tp aku tanya org semua pun x tau pasai kilang ni..misteri nusantara ni.. dlm research aku dgn bantuan pakcik google, rupanya protes dah lama depa buat...

ni ampa blh tgk gambaq protes hari tu...
sayang aku x bawa camera..kalau x lg byk blh tangkap



wah gerun tgk muka brader kat atas ni.. dia dok acah sj....nak bg org takut...tp depa buat x heran kat dia..... ni kira first time aku tgk depan2..dulu masa bljr kat kl pun aku tgk dlm bas sj, time tu polis mai semua dah cabut kecuali sorang buta dok jerit "reformasi"... berani la dia pasai dia x nampak hahaha...
tp kat cni apa polis buat semua blh rakam.. n polis pun rakam apa tindakan dia..so benda ni blh jd bukti kalau kena masuk court...

rogi bus pass aku...bila benda ni dah menyusahkan aku nak p ke town sampai kena jln kaki...
so aku pun dok pikiaq la keburukan dia sj...

---- matlama x menghalalkan cara...mungkin matlamat depa mmg baguih nak suruh tutup kilang bom tp cara depa dah menyusahkan ramai pihak sebenaqnya..mcm yg jd kat msia...

---- memandangkan usaha depa ni dah lama tp x berhasil maka aku blh katakan sia2 kalau kita ambik solution guna cara singkat dan kurang bijak..setiap yg dilakukan perlulah dgn hikmah baru dpt hasilnya.... aku x mau kaitkan dgn pa yg berlaku kat kat msia sendiri ada akai so pandaila pikiaq chek oi..

kadang2 org yg terlalu fanatik ni da x blh nak pikiaq... pasai tu la dulu aku kena sound "abg ni org umno" pasai bg tau kat mamat ni "buat pa la kita orang melayu n islam suka nak bergaduh sesama sendiri"... aku x sokong mana2 parti pun, pasai depa yg kat atas selalu dok ambik kesempatan kat kita yg bawah. fikir2 kan lah.. ISLAM THE WAY OF LIFE

Wednesday, October 8, 2008

First time di oversea...

beg yg aku bawa 22kg berat dia


23 september bersamaan dgn 23 ramadhan kira2 pukul 3.50 ptg aku menjejakkan kaki aku kat bumi london setelah lebih dari 12 jam aku berada dlm flight... pasai dlm keadaan yg agak stress n terlalu nervous aku terlupa nak ambik apa2 gambaq dlm flight...
alhamdulillah walaupun org kata muka aku mcm terorist tp nasibla imigeresen golongkan aku dlm teror list (student).... so aku cuma bg passport n chop pastu blh ambik beg aku...x tanya apa2 pun...syukur sgt2 kat ALLAH.... masa tu aku sempat terpandang sorang imigeresen perempuan yg pakai tudung... fuh lega... rupanya kat sini ada ramai org islam n kita bebas nak amalkan agama kita.... aku teruskan perjalanan ke central bus station tuk jumpa org dr brighton uni yg nak byr tiket bas aku...sampai2 dia check nama n bg tiket..nasib save €22.50 masa aku tgk harga tiket tu....
pasai naik bas kira lama la... bertolak 5.40 tp sampai 8.20 mlm.....



gambaq2 kat luar central bus station

Monday, September 1, 2008

Gigih kuasai teknologi


Dr. Abdul Kalam


BEKAS Presiden India, Dr. APJ Abdul Kalam dilihat sebagai bapa kepada pembangunan teknologi peluru berpandu yang membawa India kepada taraf negara kuasa besar dunia. Beliau dilahirkan dalam keluarga pembina bot dan imam pada tahun 1931 di daerah Dhanushkodi, India. Selaku jurutera aeronautikal yang paling masyhur di negaranya, beliau menyumbang dengan gigih dalam pembangunan kenderaan pelancar satelit pertama India, SLV-3 dan peluru berpandu seperti Trishul, Agni dan Pritvi. Beliau memulakan pendidikan di Sekolah Tinggi di Ramanathanpuram, melanjutkan pengajian ijazah sarjana muda sains di Kolej St Joseph di Tiruchi dan Kejuruteraan Aeronautikal di Institut Teknologi Madras, India.

Beliau berada di negara ini selama empat hari bermula Khamis minggu lepas sebagai memenuhi jemputan Khazanah Nasional Berhad untuk memberikan ucapan pada program Syarahan Global Khazah.

Dalam satu pertemuan ringkas bersama wartawan Utusan Malaysia, ARSHAD KHAN, Dr. APJ Abdul Kalam berkongsi sedikit pandangan beliau mengenai hala tuju India dan hubungannya dengan Malaysia.

Utusan: Mengapa Doktor sebagai seorang saintis sangat gemar bercakap mengenai aspek-aspek spiritual, yakni sesuatu yang jarang dilakukan para saintis?

Dr. Abdul Kalam: India merancang untuk menjadi negara maju dari segi ekonomi yang mantap menjelang 2020. Ertinya kemiskinan akan dikurangkan atau tiada langsung. Namun, timbul pula persoalan sama ada kita akan gembira bila kita sudah maju. Mungkin kita akan makmur tetapi adakah jiwa kita akan gembira. Jika dilihat, banyak negara yang maju kini tetapi rakyatnya tidak kelihatan gembira. Pada saya, kegembiraan bukan sahaja dari aspek pembangunan materialistik tetapi juga datang dari benda yang lain. Kita perlukan sesuatu agar anak-anak kita akan bahagia dan gembira. Sebab itu saya suka bercakap mengenai aspek spiritual. Saya yakin spiritual harus bergerak sejajar dengan kemajuan kebendaan.

Utusan: Siapa yang mempengaruhi Doktor ke arah menjadi seorang ahli saintis yang terkemuka?

Dr. Abdul Kalam: Saya akan katakan yang banyak mempengaruhi saya adalah para guru saya. Salah seorang adalah Shri Siva Subramanim Iyer yang saya ingat pernah sekali berusaha memahamkan kami bagaimana burung terbang. Dia melukis sayap, ekor, badan dan kepala burung atas papan hitam. Dia menerangkan bagaimana burung mengangkat dirinya dan terbang, bagaimana haiwan itu mengubah arah ketika terbang dan bagaimana ia terbang dalam satu formasi tertentu. Beliau menggunakan lisan, grafik dan pelbagai cara untuk menerangkan tetapi kami tetap tidak faham. Justeru petang itu, beliau membawa kami semua satu kelas ke kampungnya di tepi pantai di Rameshwaram di Tamil Nadu, India. Kami melihat dengan mata sendiri bagaimana burung mengepak sayap, ekor burung berpusing dan akhirnya baru kami faham apa yang beliau cuba sampaikan. Cara beliau mengajar amat meninggalkan kesan. Beliau umpama wujud dalam jiwa saya dan petunjuk sebenar saya di dunia ini. Sepetang bersama guru saya itu mengubah hidup saya menjadi seorang jurutera roket, jurutera aeroangkasa dan ahli teknologi. Cara guru saya itu yang menggalakkan saya bertanya dan memperlihatkan contoh visual menjadi titik perubahan dalam hidup saya.

Utusan: Doktor menyumbang dalam banyak perkara, tetapi apakah yang doktor lihat sebagai sumbangan terbesar?

Dr. Abdul Kalam: Sumbangan terbesar saya mungkin kepada para remaja di India. Saya lihat kini remaja di negara saya sudah mempunyai keyakinan diri yang lebih tinggi. Mereka berkata ‘saya boleh lakukan ini’ dengan penuh keyakinan. India memiliki 54 juta golongan remaja dan saya yakin mereka boleh berjaya. Seperti yang selalu saya katakan, akal yang disemarakkan adalah sumber yang paling kuat di atas muka bumi ini. Saya percaya kuasa remaja jika diarah dan dikawal dengan betul, boleh membawa perubahan kepada manusia sejagat.

Utusan: Boleh doktor jelaskan sedikit idea platform ilmu dunia yang selalu doktor sebut?

Dr. Abdul Kalam: Ia adalah bagi mengintegrasikan kemampuan teras negara-negara rakan India untuk bersama mencari penyelesaian kepada semua permasalahan manusia masa kini. Platform ini akan membolehkan penghasilan reka bentuk secara bersama, pembangunan, penghasilan sesuatu yang kos efektif dan pemasaran ilmu pengetahuan atau sistem tertentu berdasarkan kepada kemampuan teras negara-negara rakan. Misinya adalah untuk menggabungkan dan mewujudkan rangkaian melibatkan institusi penyelidikan dan pembangunan (R&D), universiti dan industri. Dengan kemungkinan berlakunya penggabungan antara teknologi nano, bio dan teknologi maklumat, platform ilmu dunia akan dapat mengerakkan kerjasama dalam bidang yang sangat penting untuk menjadikan dunia sebagai sebuah tempat yang selamat, mampu menampung, selamat dan makmur.

Utusan: Antara bidang itu?

Dr. Abdul Kalam: Antaranya ialah termasuk tenaga bebas iaitu transformasi bahan bakar fosil kepada tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga hidro, solar dan tenaga nuklear. Selain itu, platform ilmu dunia mungkin boleh digunakan untuk mencari kaedah terbaik mengubah air masin menjadi air tawar menggunakan tenaga solar, penjagaan kesihatan melalui diagnosis, pembangunan dan penghasilan vaksin serta pengeluaran makanan.

Utusan: Malaysia sedang giat bergerak ke arah menguasai teknologi angkasa, apakah Malaysia perlu berbuat demikian?

Dr. Abdul Kalam: Bagi India umpamanya, jika ada 600 kampung memerlukan sambungan komunikasi, maka satelit adalah jalan terbaik. Begitu juga dengan teknologi penderiaan jauh. Boleh digunakan untuk memantau hasil bumi atau hutan antara negeri. Maka perlu ada program yang berorientasikan orang ramai. Gunakan teknologi angkasa lepas untuk kebaikan manusia. Mengesan Malaysia juga tidak terkecuali dari keperluan memajukan teknologi angkasanya termasuk pembangunan satelit. Satelit membantu dalam banyak perkara termasuk penderiaan jauh yang membantu mengesan hasil bumi. Di atas segalanya, program angkasa lepas bukan bertujuan untuk kemewahan tetapi merupakan satu keperluan.

Utusan:Malaysia juga berminat memajukan teknologi nuklear, apakah ini langkah yang tepat?

Dr. Abdul Kalam: Tenaga nuklear adalah tenaga yang bersih. Penggunaan arang batuumpamanya menghasilkan karbon dioksida yang terlalu banyak. Kesannya ke atas alam memang boleh dipersoalkan. Justeru tidak salah Malaysia juga bergerak ke arah penggunaan tenaga nuklear.

Utusan: Bagaimana dari segi kesan ekonomi ke atas Malaysia kerana nuklear dikatakan mahal penghasilannya?

Dr. Abdul Kalam: Kononnya tenaga nuklear mahal adalah satu fiksyen semata-mata. Sebagai perbandingan, kos sebanyak hampir RM309 ribu diperlukan untuk menghasilkan satu megawat tenaga menggunakan arang batu, terma pula sebanyak hampir RM387 ribu manakala jumlah RM619 ribu untuk menghasilkan satu megawat tenaga menggunakan nuklear. Namun, jika kita menghasilkan tenaga nuklear pada kapasiti yang banyak, maka harganya akan menjadi jauh lebih murah berbanding bahan-bahan yang lain. Kalau kita pergi pada skala yang besar, kos akan turun ke tahap minimum dan hasilnya adalah sumber tenaga yang bersih.

Utusan:Apakah India dan Malaysia boleh berjaya dalam visi 2020 masing-masing?

Dr. Abdul Kalam: Saya yakin, kedua-dua negara akhirnya akan menjadi sebuah negara maju walaupun kaedahnya (ke arah itu) mungkin berbeza. Saya percaya misi untuk kemajuan boleh dicapai. Mungkin kedua negara boleh mewujudkan kerjasama dalam bidang tenaga atau perkhidmatan kesihatan umpamanya. Kalau India dapat mengekalkan Pengeluaran Negara Kasarnya (GDP) pada tahap pertumbuhan 10 peratus setahun, maka kita boleh mencapai tahap negara maju dalam 10 tahun akan datang. Ini lebih awal dari Malaysia juga tidak terkecuali daripada keperluan memajukan teknologi angkasanya termasuk pembangunan satelit, visi 2020 yang kita rancang dan sedang usahakan kini.

KOMEN: KETIKA INDIA DAN DUNIA INGIN MENGUASAI TEKNOLOGI, TETAPI MALAYSIA HANYA INGIN MENGEJAR NAMA SEMATA-MATA. LIHATLAH BAJET 2009, BERAPAKAH MALAYSIA SANGGUP KELUAR UNTUK R&D? KDNK YG MASIH RENDAH MEMUNGKINKAN MALAYSIA UNTUK MENJADI NEGARA MAJU. PROGRAM MENGHANTAR ANGKASAWAN KE STESEN ANGKASA LEPAS, APAKAH IMPAKNYA KEPADA NEGARA? KITA HANYA SEPERTI AYAM YANG BERTELUR SEBIJI TETAPI RIUH SEKAMPUNG.. MANA MUNGKIN KITA AKAN MENCAPAI PINGAT EMAS DI OLIMPIK, JIKA KITA HANYA MENGHARAP TEKNOLOGI ORANG LAIN UNTUK DIGUNA PAKAI ATLIT KITA. BERAPA BANYAK PERUNTUKAN YANG DIBERIKAN KEPADA SUKAN TETAPI TIADA USAHA R&D KEPADA MENGHASILKAN TEKNOLOGI SUKAN KITA SENDIRI, MAKA MALAYSIA SEBENARNYA MELAKUKAN PEMBAZIRAN YANG AMAT DAHSYAT. BERAPA RAMAI REMAJA YANG TIDAK MAHU MENCARI ILMU KERANA BERSUKAN DAN MENYANYI MAMPU MEMBERI PENDAPATAN YANG LUMAYAN DARIPADA MENGEJAR ILMU. KEPADA PEMIMPIN NEGARA, BANGUNLAH DARI TIDUR KERANA ANDA SEBENARNYA SEDANG MEMUSNAHKAN NEGARA KITA YANG TERCINTA INI. MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Tuesday, August 5, 2008

Pengawal keselamatan usia 55 tahun lulus sarjana

KUALA LUMPUR 5 Ogos – Semangat tinggi dan sikap tidak mudah berputus asa membuahkan kejayaan kepada seorang pengawal keselamatan berusia 55 tahun apabila beliau memperoleh ijazah sarjana daripada Universiti Malaya (UM) hari ini.

Biarpun mengalami pelbagai rintangan sepanjang enam tahun tempoh pengajian dalam bidang sejarah, pengawal keselamatan berkenaan, Lim Kim Peu (gambar), akhirnya berjaya menamatkan pengajiannya.

Pagi ini, Kim Peu menerima ijazah tersebut daripada Pro-Canselor UM, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis konvokesyen universiti itu di sini.

Kim Peu yang masih bujang mula mengikuti program pengajian jarak jauh ijazah sarjana di UM pada 2002 dan sepanjang tempoh itu beliau bekerja sebagai pengawal keselamatan di Melaka.

Kim Peu memberitahu Utusan Malaysia, dengan pendapatan RM500 sebulan, beliau terpaksa menggunakan sebahagian besar wang gajinya untuk membiayai kos pengajian di UM.

“Wang memang merupakan satu masalah. Saya menghabiskan sebahagian besar daripada gaji saya untuk membayar yuran, tetapi itu pun tidak mencukupi.

“Nasib baik pihak universiti bertimbang rasa dan membenarkan saya membayar yuran secara ansuran,” katanya.

Pengorbanan Kim Peu itu berbaloi apabila baru-baru ini beliau berjaya mendapat pekerjaan sebagai jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Melaka selepas lulus pengajian peringkat sarjana.

Lelaki yang berasal daripada keluarga buruh kasar di Merlimau, Melaka itu hanya menamatkan pelajarannya sehingga darjah enam. Pada 1971, beliau bekerja sebagai tukang sapu pada usia 18 tahun.

“Kerja sebagai tukang sapu memang susah dan kotor. Ramai orang menghina dan memandang rendah terhadap saya kerana pekerjaan itu.

“Keadaan itulah yang mendorong saya untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Dengan belajar sendiri, Kim Peu berjaya menamatkan pelajaran sehingga ke tingkatan enam di sekolah swasta sebelum ditawarkan mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial di Universiti Sains Malaysia (USM) pada 1980.

Pengajian Kim Peu di USM dihabiskan dalam tempoh lapan tahun dan beliau merupakan pelajar yang mengambil masa paling lama untuk menamatkan pengajiannya.

“Pada 1980, saya masih seorang tukang sapu. Banyak masalah dihadapi. Gaji saya ketika itu cuma RM130 dan saya terpaksa menyara keluarga.

“Bagaimanapun, dengan semangat tinggi, saya tidak pernah terfikir untuk berhenti belajar dan akhirnya saya berjaya juga menamatkan pengajian walaupun mengambil masa selama lapan tahun,” katanya.

Menurut Kim Peu, sepanjang tempoh pengajiannya dari dulu hingga kini, beliau tidak pernah makan atau minum di luar.

“Saya terpaksa menjimatkan wang. Makanan segera seperti ayam KFC, McDonald’s atau minuman Coca-Cola tidak pernah saya jamah kerana wang perlu disimpan untuk meneruskan pelajaran,” ujarnya.

Demi mengubah nasibnya, Kim Peu memilih untuk meneruskan pelajaran selepas beberapa tahun lulus ijazah pertama di USM. Beliau kemudian diterima untuk mengikuti kursus sarjana pengajian sejarah di UM.

Sunday, August 3, 2008

HIKMAH SUJUD PADA ILLAHI


Sujud lega sistem pernafasan
Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahansetiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan danmengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:
- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
- melegakan sakit hernia. (burut)
- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
- melegakan paru-paru daripada ketegangan.
- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
- meringankan bahagian pelvis.
- memberi dorongan supaya mudah tidur.
- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud. Pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

Bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik,mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
mengurangkan kegemukan. Pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions).

Organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekaligus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.