KOTA BHARU 23 Okt. – Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan hari ini mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai ‘pengkid’.
Pengerusinya, Prof. Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, fatwa ini dikeluarkan setelah melihat gejala itu di kalangan remaja perempuan Islam semakin membimbangkan.
Katanya, bukan sahaja gerak laku, berpakaian, penampilan, percakapan dan rupa seolah-olah lelaki, malah mereka tidak berminat kepada lelaki tetapi berminat kepada kaum sejenis.
‘‘Maka kita berpendapat pekara ini perlu disekat dan dari segi hukumnya adalah haram.
‘‘Ia melanggar tabii serta fitrah dan dalam Islam jelas tidak boleh,” katanya kepada pemberita selepas muzakarah kali ke-83 di sini hari ini. Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Fatwa itu adalah di antara beberapa keputusan yang dicapai pada muzakarah jawatankuasa fatwa selama dua hari yang berakhir hari ini.
Banyak pihak termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) baru-baru ini menyatakan kebimbangan dengan gejala tersebut kerana ia turut menular di kalangan pelajar.
WALAUPUN HARI NI AKU SANGAT BUSY TAPI TAJUK NI MEMBUATKAN AKU TERTARIK UNTUK MEMBERI KOMEN. AKU BUKAN NAK MEMBANGKANG CUMA NAK AJAK KITA BERFIKIR SEJENAK.. BANYAK LAGI PERKARA ATAU PUN HUKUM YG PERLU DIPERBINCANGKAN OLEH MAJLIS FATWA TETAPI PERKARA YANG TELAH MEMANG JELAS HUKUMNYA HARAM PULA DIBERI PERHATIAN. BAGAIMANA PULA DENGAN GEJALA-GEJALA MURTAD YANG SEMAKIN PARAH? KALAU NAK BINCANG YG LEBIH SIMPLE, HUKUM MEMASAK BERSAMA TELUR AYAM BERNAJIS DAN TIDAK DICUCI? BERSEPAH KEDAI ROTI CANAI, MEE GORENG TAK KISAH PASAL HAL NI DAN MENU PALING BEST WAKTU BULAN POSA APALAGI MURTABAK LA, SAMPAI TERTUKAR RAMADHAN AL MURTABAK... NI LEBIH PARAH..SEBAB PERKARA KECIL BEGINILAH YG MENJADI PUNCA KEPADA PERKARA SEPERTI PENGKID NI..SESUNGGUHNYA SETIAP APA YG DIMAKAN ITU AKAN MENJADI DARAH DAGING DAN MEMBERI KESAN KEPADA HATI..Oppss..CUKUP SETAKAT NI DAHULU..TAKUT MELALUT PULA..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
betul betul betul....apa yg kita makan itula kita...
Post a Comment